Pendidikan merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh semua lapisan masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha untuk membangunkan generasi alaf baru seiring dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat memperoleh status "World Class Education" (Pendidikan Bertaraf Dunia).
Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang dalam cabaran untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik dalam membangunkan sektor pendidikan iaitu terdiri daripada:
i. Pembangunan tenaga manusia
ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi
iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
vi. Pembangunan teknologi dan sains
No comments:
Post a Comment