Saturday, May 4, 2019

PA 21

Pendidikan merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh semua lapisan masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha untuk membangunkan generasi alaf baru seiring dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat memperoleh status "World Class Education" (Pendidikan Bertaraf Dunia).

Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang dalam cabaran untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik dalam membangunkan sektor pendidikan iaitu terdiri daripada:

      i.        Pembangunan tenaga manusia
     ii.        Kepesatan pertumbuhan ekonomi
    iii.        Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
   iv.        Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
    v.        Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

   vi.        Pembangunan teknologi dan sains

Apa itu Transformasi Sekolah?

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
 Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada
 usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian
 murid dan sekolah berkualiti.

MelaluiTS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan 
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
 pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan
 hasrat yang terkandung dalam 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan
 oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015,
telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM.
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif 
  • dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras TS25



Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah 
tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia
 pada tahun 2025, iaitu ;
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah
 melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi 
dalam lima teras yang berikut;
  •  Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •  Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  •  Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  •  Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  •  Komitmen komuniti yang padu.